Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua reader2 maklong yg tersayang..
Istimewa untuk wanita-wanita gorgeous yg bakal menimang cahayamata samada untuk kali pertama atau yang sudah bergelar ibu. Kenapa maklong kata u all gorgoeus?? Kecantikan Wanita akan terserlah apabila dia hamil..
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu mengalami pelbagai situasi atau
keadaan yang bercampur baur.. kadangkala terfikir apakah anak di dalam
kandungan mendapat zat secukupnya untuk tumbesaran di dalam rahim??
Shaklee menawarkan Nutrisi Terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan.
Set Kehamilan Shaklee Asas terdiri daripada:
Trimester 1
- Vita-lea Iron Formula
- B-Complex
- Sustained Release Vita-C Plus
- Ostematrix
- Energizing Soy Protein (Tambahan)
Trimester 2 -3
- Sama dengan Set Asas Trimester 1
- Omega Guard (Tambahan)
Jom kita teliti apakah kepentingan dan khasiat vitamin-vitamin Shaklee ini untuk kehamilan anda:
Vita-lea Iron Formula
(1 biji sehari )
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu
mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu
ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini
berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan
multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin B-Complex
(1-2 biji sehari)
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap
dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk
pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko
kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan
sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin
keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk
mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan
pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung
ketika janin baru terbentuk.
Sustained Release Vita-C Plus
(1 biji sehari)
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam
membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk
gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping
Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C
bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat
besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam
darah.
Ostematrix (kalsium dan magnesium)
(4-6 biji sehari)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari.
Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap
1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu
menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk
merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel,
pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak
berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting
untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf,
mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga
penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya
ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan
turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada
ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka
badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu
menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat
osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
(minum 1-2 kali sekali)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui
se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita
yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan
kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya
juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di
mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga
memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu
membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan
protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan
plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega 3 (Omega Guard) -
( 1 biji sehari)
PERHATIAN:
Omega Guard Shaklee hanya boleh diambil semasa Trimester 2-3 Tempoh Kehamilan sahaja
Omega Guard Shaklee juga berfungsi mencairkan darah.
Oleh sebab itu dinasihatkan agar ibu-ibu menghentikan pengambilan Omega Guard Shaklee 2-3 minggu sebelum kelahiran bagi mengelakkan berlakunya masalah darah lambat berhenti ketika proses melahirkan samada secara normal ataupun pembedahan (caesarean).
Di samping mengamalkan makanan yg sihat dan seimbang, pengambilan Vitamin Set Kehamilan Shaklee ini juga sangat membantu memenuhi keperluan nutrisi anda dan bayi anda di dalam kandungan sepanjang tempoh indah 9 bulan itu...
Credit to: www.cikguvita.blogspot.com
SIHAT ITU AMANAH!
Untuk sebarang info dan Konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir
No comments:
Post a Comment