PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Monday, October 6, 2014

Supplement Tambahan: Ibu Menyusu jangan ambil mudah!

Menyusui bayi yang dilahirkan adalah satu tuntutan yang amat digalakkan oleh setiap agama dan kepercayaan. Persoalannya mengapakah setiap ibu harus menyusu bayi mereka? ini kerana menyusui anak dengan susu ibu merupakan suatu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Firman Allah yang bermaksud:
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anaknya selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." 
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

Susu Ibu dianugerahkan kepada setiap ibu yang melahirkan bayi. Kandungan susu ibu cukup sempurna dan tiada bandingan. Susuilah bayi dengan susu ibu supaya si kecil dapat membesar dengan sempurna. Susu ibu umpama titisan mutiara yang berharga, ikhlas daripada seorang ibu kepada anaknya.


Semua ibu perlu mengamalkan pemakanan seimbang supaya snetiasa sihat dan bertenaga untuk mengurus keluarga di samping menyusukan bayi. Ibu-ibu juga perlu minum banyak air kosong lebih kurang 3 liter sehari kerana menyusu boleh menyebabkan ibu menjadi dahaga. Segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu perlu diambil secukupnya bagi memastikan bayi yang disusu mendapat zat dan khasiat yang sama daripada pemakanan ibunya.

SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU: PERLU KE???

Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.
Pertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.
 
Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?
Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:
“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”

Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.
 
Konsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.
 
Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.
 
Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu difahami secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.


Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.
 
Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.
 
Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.
Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Tepuklah dada dan tanya diri sendiri.

Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan penulis dan saudara-mara yang telah mendapat manfaat dari Shaklee Breastfeeding Set ini. Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!
 
Nota kaki: Maklong pernah merasai indahnya perjalanan menyusukan zhafeerah selama 2 tahun lebih.. Semoga Maklong diberi kesempatan untuk menjalani detik2 indah ini lagi... amin.. ya Rabbal a'lamin..
 
Sumber informasi daripada:  
http://www.cikguvita.blogspot.com
(Cikgu Vitamin)
 
Buku Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda 
(Nazirah Johar & Zaharah Sulaiman)
 DBP 2011



Untuk sebarang informasi dan Konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
call/sms/whatsapp: 0137445591
Email: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH!
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...