Masalah kekurangan zat makanan terutamanya protein dan tenaga serta mikronutrien seperti zink, selenium dan vitamin B adalah perkara biasa yg berlaku di kalangan warga emas, seterusnya menyebabkan sistem imuniti menjadi rendah dan berisiko mendapat penyakit berjangkit terutama ketika menunaikan ibadah Haji.
Masalah kehilangan selera makan sangat sinonim dengan warga emas. Mereka kehilangan selera makan dan menyebabkan pengambilan makanan menjadi kurang. Kehilangan selera makan mungkin diakibatkan oleh pelbagai penyakit seperti kegagalan jantung kronik, kegagalan hati kronik, penyakit sendi kronik, kegagalan buah pinggang kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk serta keresahan.
Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga emas turut memerlukan:
- Vitamin A bagi menghasilkan pigmen retina dan memastikan sistem imun badan berfungsi dengan baik.
- Vitamin C diperlukan untuk membantu melawan jangkitan penyakit, mengurangkan risiko penyakit dan membantu dalam penyerapan ferum.
- Asid Folik amat penting kerana kekurangannya yang kronik boleh menyebabkan anemia, lemah, keletihan, sukar untuk menumpukan perhatian, kerengsaan, nafas pendek (shortness of breath), kecelaruan fikiran (demensia) dan kemurungan.
- Zat besi untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan serta penting untuk fungsi otak terutamanya bagi pembelajaran dan daya ingatan.
- Zink bagi membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein serta mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan bau.
- Selain Vitamin dan mineral, KALSIUM juga penting untuk membina dan mengekalkan kesihatan gigi & tulang, mengurangkan kehilangan jisim tulang, membantu dalam pembentukan dam pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeotasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal dan mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Shaklee menawarkan Set Khas Warga Emas yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan seperti keterangan di atas. Set Basic Family Wellness juga boleh diambil oleh seluruh ahli keluarga termasuk warga emas bagi memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan baik.
Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada melihat seluruh ahli keluarga termasuk warga emas sihat, ceria dan bahagia bersama2 menjalani kehidupan indah..
Sihat Itu Anugerah..
Sihat Itu Amanah..
Syamsila Abd Kadir
SID 1139304
Call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB Page: Amanah Sihat Maklong
No comments:
Post a Comment