Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Blog maklong ni..
Hari ni maklong terpanggil untuk kongsikan sesuatu info yang sangat penting bagi kita terutama WANITA. Semoga bermanfaat. Maklong hanya sebarkan kebaikan untuk anda..
ANEMIA sering dikaitkan dengan WANITA dimana anemia biasanya berlaku pada WANITA HAMIL. Anemia atau kurang darah adalah keadaan dimana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu hamil kurang daripada 11gm%. Anemia adalah berbahaya kepada ibu-ibu hamil dan bayi dalam kandungan dan boleh membawa MAUT!
Punca-punca berlakunya anemia adalah seperti berikut:
- Kurang mengambil makanan yg kaya dengan zat besi, asid folik & vitamin B12
- Jangkitan cacing
- Penyakit Malaria
- Masalah perubatan seperti thalasemia & leukimia
- Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
- Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun), kehamilan kembar dan kerap keguguran.
Tanda-tanda jika anda mengalami anemia:
- Pucat
- Selalu letih, lesu dan tidak bermaya
- Pening kepala
- Mudah pitam
- Mudah mengah
- Degupan Jantung yang laju
Tidak dinafikan Anemia memberi kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan
1) ibu mudah terdedah kepada jangkitan penyakit2) ibu mudah mendapat penyakit lemah jantung
3) meningkatkan risiko kematian ibu semasa bersalin
4) keguguran
5) pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
6) risiko bayi mati dalam perut ibu
7) Bayi lahir pramatang / tak cukup bulan
8) bayi lahir kurang berat badan
Cara menangani anemia ialah dengan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12:
- ambil makanan yg kaya dnegan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging & ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
- ambil bersama buah-buahan yg mengandungi Vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi
- pilih sayur-sayuran yg tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, langkung, cekur manis, pucuk keledek dan peria
- masak sayur0sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, sotong, udang, kerang, hati, ayam daging, telur, bebola ikan, kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi
- perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok, budu serta potongan buah-buah segar
- elak minum teh, kopi & susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh & kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
- ambil jus buah-buahan yang tinggi dengan vitamin C unuk meningkatkan penyerapan zat besi.
- ambil makanan yg kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.
Shaklee juga menawarkan SET KESIHATAN untuk menangani anemia ini:
Vita-lea Iron Formula
mengandungi zat besi yang membantu ibu hamil yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.
Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurang pengambilan zat besi dalam diet harian @ badan kurang upaya menyerap zat besi kerana diet yg tidak betul.
B-Complex
Komponen B Complex seperti asid folik & B12 penting dalam proses penghasilan sel darah merah .
Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu dan mengakibatkan kesan yg berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan
Sustained Release Vita- C
Adalah gabungan terbaik bersama Vita-lea dan penting untuk penyerapan zat besi.
Kurang Vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.
Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi ibu & bayi yang bakal lahir.
Jangan pandang remeh ye.. Kesihatan adalah amanah.. bertindak sekarang sebelum semakin parah.
Sebarang pertanyaan dan konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
SIHAT ITU AMANAH!
Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu hamil kurang daripada 11 gm%. Anemia adalah berbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan, namun jangan risau, ada cara untuk atasi masalah ini!
- See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/07/cara-atasi-masalah-anemia-ketika-hamil.html#sthash.cOtmqEqu.dpuf
- See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/07/cara-atasi-masalah-anemia-ketika-hamil.html#sthash.cOtmqEqu.dpuf
Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu hamil kurang daripada 11 gm%. Anemia adalah berbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan, namun jangan risau, ada cara untuk atasi masalah ini!
- See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/07/cara-atasi-masalah-anemia-ketika-hamil.html#sthash.cOtmqEqu.dpuf
- See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/07/cara-atasi-masalah-anemia-ketika-hamil.html#sthash.cOtmqEqu.dpuf
No comments:
Post a Comment