PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Tuesday, January 13, 2015

10 TIPS MUDAH KECANTIKAN DALAMAN WANITA!!

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan..
Walaupun cantik itu bersifat subjektif namun sebagai wanita kita harus sentiasa bersyukur atas anugerah yang Allah berikan pada kita terutama kecantikan dan kesempurnaan rupa paras. Namun jangan merasa sedih atau merendah diri andai ada kekurangan terhadap diri kita kerana secara fitrah Islamnya.. Manusia bukanlah sempurna.. Kekurangan itu mengajar kita supaya lebih bersyukur, lebih berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan itu.

Apa yang pasti.. Kecantikan yang utama bukanlah dilihat dari luaran sahaja.. Namun kecantikan dalaman yang paling utama kerana kecantikan dalaman yang sihat akan menerbitkan kecantikan luaran anda.. 

Jom maklong kongsikan 10 TIPS untuk anda yang ingin kekal Cantik!
 
10 Tips Kecantikan Dalaman Wanita
air
1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

yoga-stretch
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

overcome-teenage-smoking
3.    Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?


051810_SleepGirl

4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


natural-beauty-opener-lg

5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih


1200caloriedietmenu
6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


spa4
7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.


Listening-to-Music
8.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


confident-woman
9.    Don't worry, be happy.
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


laughing-women-friendship-greetings
10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Amacam?? mudah kan!! InsyaAllah pasti boleh! Pengambilan Supplement juga sangat membantu anda tampil SIHAT, BERTENAGA dan Semestinya CANTIK LUARAN & DALAMAN.. SHAKLEE pilihan yang terbaik untuk anda!

credit to: PUSPANITA BHEUU

Dapatkan segala Info & Konsutasi PERCUMA dari maklong khas untuk anda

--------------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA BINTI ABD KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!
 

1 comment:

  1. Newer models ship virtually absolutely assembled and you can usually be printing in under quarter-hour. With the ability to extrude layers as best teapots with infuser fine as 0.5mm, the 7X type of|is sort of} able to fine element. We didn't award it our best-for-fine-detail 3D printing prize as a result of|as a end result of} the Formlabs Form 3 can produce even finer resolutions.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...