PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Monday, May 13, 2019

Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan Sepanjang Bulan Ramadhan

Alhamdulillah.
Dah masuk 9 Ramadhan 1440H kita hari ini.

Pastinya kita lebih selesa setelah lebih seminggu berpuasa kan.

Kalau awal awal dulu kita rasa berat nak puasa.
Letih semacam.
Haaa itu tandanya tubuh kita melalui Fasa Pertama dimana tubuh kita nyahtoksin tau!

Puasa kan Detoks Semulajadi.

Tapi bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya.
Kita akan lebih relax dan steady 😍😃

Ramadhan adalah bulan Istimewa tau.
Setiap amalan baik kita yang diniatkan kerana Allah pastinya menerima ganjaran pahala yang berlipat ganda.

In sha Allah.

Jom kita isi masa kita dengan pelbagai Aktiviti yang boleh dilaksanakan Sepanjang Bulan Ramadhan selain Ibadah Wajib harian.

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Ini sangat membantu mendidik jiwa dan rohani kita menginsafi dan merebut seberapa banyak Hikmah Ramadhan.

Jom Tamak Pahala!

Tak boleh buat semua.
Janganlah tinggal semua ya. 😊

Syamsila Kadir
Misi Khatam AlQuran di Bulan Ramadhan 💪

#shakleeayerhitam
#ramadhan

Saturday, May 11, 2019

Hadiahkan Kesihatan Buat Yang Tersayang

Hadiahkan Kesihatan Buat Yang Tersayang.

Berita baik untuk korang yang teringin nak hadiahkan mak ayah sesuatu yang bermakna untuk kesihatan.

Bulan ini.
Vivix harga kaw kaw murah.
Sangat jimat berganda.

Time nilah korang patut grab Vivix!

➡️ Keahlian Percuma!
➡️ Beli 2 botol Diskaun 10%
➡️ Penghantaran Percuma.
➡️ Ada Free Gift
➡️ Layak terima bonus 5%

Boleh shopping semua produk Shaklee dengan harga jimat dan dapat bonus tau.

Kalau shopping kat Lazada atau Shopee korang kuar duit je.
Bonus tak dapat.😆

Ayyo tak tahu!

Kenapa patut borong vivix bulan ini?

Vivix Shaklee sangat Exclusive.
.

VIVIX SHAKLEE mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage" yang penyebab kepada punca sel-sel dalam tubuh badan menjadi rosak.

Apa jadi kalau terlalu banyak sel teroksida?

Akibatnya Kanser, serangan jantung, wajah tua dari usia, diabetes dan banyak lagi penyakit kronik.

Kalau ullos perasan kan.

Dulu kencing manis, heart attack tu penyakit orang tua-tua. Kanser tu penyakit rare.

Tapi sekarang.
macam dah terlalu biasa didengar.
Terjadi pula pada insan-insan dalam family kita.
Orang dekat-dekat kita.

Biasa, bila dah tahu sakit.
Mula la cari penawar.
Mahal pun tak apa.
Sanggup bayar.

Namun, masa makin suntuk.
Makin tipis nak pulih.

Tak habis di situ.
Lepas mak, menurun pula pada si anak.
Ohhh sungguh sedih kan 😭.

Sebab tu maklong minum vivix.
Sebab maklong memang ada diabetis.

Lepas tu memang keturunan atok nenek ada kanser, darah tinggi, jantung, buah pinggang dan segala macam penyakit.

Arwah abah pun dah pergi dulu tinggalkan kami. 😭😭😭😭

Takut!
Sangat takut.
Mencegah lebih baik daripada merawat.

Mati itu pasti.

VIVIX TWINPACK PROMO

Jom try #vivix harini.

Whatsapp maklong ye

http://syamsilashaklee.wasap.my

#shakleeayerhitam
#shakleejohor

Sunday, May 5, 2019

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Johor 2019

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.

Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan sama sama menyambut Bulan yang penuh keberkatan, bulan penuh rahmat dan pengampunan dari Allah Rabbul Izzati.

Berikut maklong kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor Darul Takzim bagi Tahun 2019 bersamaan 1440H sebagai Panduan kita bersama.

Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Semoga memberi manfaat buat semua ya.





Maklong Follow Zon 4 iaitu bagi Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.

Antara adab adab dan Sunnah Berpuasa:

1) Bersahur dan melewatkan sahur
Bersahur adalah merupakan amalan sunnah berdasarkan hadith diriwayatkan daripada Anas R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:-

"Bersahurlah kamu sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan." ( Bukhari dan Muslim)

2) Mempercepatkan Berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.

Sabda Rasulullah yang bermaksud " Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa." (Bukhari dan Muslim?

Disunatkan juga mulakan berbuka dengan Buah Tamar/kurma.

3) Sunat beriktikaf sepanjang Bulan Ramadhan khususnya pada 10 hari terakhir Ramadhan.

4) Tidak melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan Puasa.

5) Tadarus Al Quran

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ini.

Ramadhan Pesta Ibadah.
Jom sama sama banyakkan amalan dan sedekah bagi menyucikan jiwa kita.

Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri daripada perkara perkara yang Allah larang.

Untuk mendapatkan sebarang Vitamin bagi membantu menjalani ibadah puasa lebih bertenaga dan ceria.

Whatsapp http://syamsilashaklee wasap.my

#puasa
#shakleejohor
# shakleeayerhitam

Niat Puasa Ramadhan 2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah.
Tarikh mula puasa untuk tahun 2019 ini ialah pada 6hb Mei 2019.

Niat puasa adalah merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah Wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu.

Setiap amal perbuatan kita hendaklah dimulakan dengan niat. Begitu juga dengan berpuasa barulah dikira sebagai Ibadah.

Waktu berniat puasa adalah bermula daripada terbenamnya matahari iaitu masuk waktu Maghrib hingga sebelum terbit fajar iaitu masuk waktu Subuh.

Untuk kemudahan kita bersama maklong nak kongsikan Niat Puasa Ramadhan sebagai panduan kita bersama.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca.
In sha Allah.




Jangan lupa niat ya. 

Selamat Menjalani Ibadah puasa bagi muslimi dan muslimat di seluruh dunia khususnya Rakyat Negeri Johor Darul Takzim.

Sharing is Caring!

#syamsilakadir
#shakleejohor

Wednesday, May 1, 2019

Berpuasa dengan sihat dan cantik bersama Shaklee


Shaklee ada promo apa bulan May?

Promosi bulan ni memang khas untuk raikan umat Islam. Nak puasakan. Jadi Shaklee ada special deal untuk nutrisi yang sesuai khas Ramadhan.

Tak lain tak bukan, untuk bantu kita jalani Ramadhan dengan lebih produktif, cergas. Boleh kumpul pahala banyak-banyak !

Allah sediakan banyak sangat kelebihan Ramadhan. Kita mesti kaut sebanyak mungkin.


SHAKLEE RAMADHAN PROMO

🌸 Promo CINCH Shake
Bantu menahan lapar. Beri tenaga berterusan dan bantu weight & inchloss

🌸 Mealshakes Combo Pack.
Anak-anak kekal sihat, bertenaga semasa berpuasa. Bekalkan vitamin & mineral yang tiada dalam makanan harian mereka.

🌸 Performance Drink
Bantu kurangkan rasa haus. Kekalkan paras air dalam badan & beri tenaga segera.

🌸 Twin Pack Vivix
Energy for life ! Untuk kesihatan menyeluruh. Menggalakkan penuaan sihat. Mencegah penyakit & sudah tentu menyerlahkan kecantikan dari dalaman.

🌸 Daily Essential Set
Untuk sokong keperluan nutrisi harian sekeluarga. Set ini inspirasi dari kajian landmark yang di sahkan oleh pakar saintis yang telah diuji ke atas pengamal Shaklee yang konsisten lebih 20 tahun.

🌸 Youth Starter Set
Raya dengan kulit yang sihat & bebas kimia !
YOUTH Skincare adalah skincare dari diperhebat dengan nutrisi Shaklee di dalamnya. Kini nutrisi juga dibekalkan kepada kulit wajah kita. Kulit kita lebih segar dengan nutrisi semulajadi dan selamat dari 1500 bahan kimia bahaya.

BERITA BAIK !
SEMUA promo set ini kini ada DISKAUN 10% !!!
Bukan sahaja murah, tapi jauh lebih murah dari harga ahli.


Jom siap sedia melangkah ramadhan dengan Shaklee ❤

Hubungi:
Syamsila Kadir

http://syamsilashaklee.wasap.my

#shakleeayerhitam
#shakleejohor

Countdown Ramadhan Kareem: Ahlan Wasahlan ya Marhaban!


Countdown 4 hari lagi menjelang Ramadhan.

Ya Allah sampaikanlah aku ke Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh Rahmat, Keampunan & Pembebasan dari api neraka.

Inilah masanya kita rebut seberapa banyak amalan kerana pahalanya MasyaAllah.
Berlipat kali ganda!

Anak anak pun pastinya seronok nak mula puasa kan!

Puasa adalah latihan yang mendidik jiwa anak anak tentang sabar, banyak bersedekah serta belajar bersyukur.

Sokongan ibu bapa sangat penting tau!
Apa yang kita sediakan adalah yang terbaik untuk seisi keluarga.

#mealshakes dan #performancedrink adalah menu wajib untuk sahur dan berbuka puasa satu family.

Yang misi kurus boleh tambah #cinchshakemix dan #cinchtea.

Suami, abang, kakak, nenek, atok yang perlu extra energy elok sangat tambah #coqtrolplus
Bertenaga sepanjang hari dan ready untuk tarawikh 😍

#gengmakmak, Ibu menyusu, atok nenek,  suami yang bekerja dah ada suplemen untuk tenaga sepanjang puasa?

Whatsapp maklong ya.

Syamsila Kadir
Ramadhan Sudah Dekat

http://syamsilashaklee.wasap.my

#setpuasa
#shakleeayerhitam

Cara Kurangkan Haus dan Letih Semasa Berpuasa


CARA KURANGKAN HAUS & LESU DI BULAN PUASA

Cuba ingat macam mana haus korang rasa waktu puasa. Kalau dapat air masam masam, sejuk Ya Robbi nikmatnya !

Kalau korang ronda bazar ramadhan, mesti rasa satu tong air tu nak minum kan ?

Lalu pulak air macam-macam.
Air kathira !!! Haaaa wajib lah kan air bulan puasa. Teh beng kaw kaw ? Air asam boi ???

Oh nak jugakkk 😂😂😂 .
Ehhh air tu air masak ke air paip? .
Lepas tu kan, sebulan puasa kenapa tak kurus?  Air saja 1 jug ! Dah tu agak-agak air saja dah berapa kalori?

Jom tahun ni kita berjaga-jaga sket. Tahun ni kita sekeluarga dari anak, mak, ayah, tok nenek minum air sihat.

Nak masam-masam limau boleh. Nak rasa oren pun boleh. .
Performance Drink LIME Limited Edition kan ada 🤩

Shaklee bawakan KHAS Performance Drink dengan perisa limau. Limited EDITION. While stock last sahaja.

Jadiiii....kena grab cepat. .
Best sangat ! Rasa macam sebijik aircond kat tekak korang. Lega terus haus bila minum masa berbuka.
.
Mata jadi terang. Hilang lesu tubuh. .
Performance drink ni minuman isotonik. Seperti yang kita tahu, fungsinya untuk beri tenaga segera. kekalkan hidrasi (air dalam badan).
.
Minuman isotonik yang biasa kat kedai ada karbonat. Di sebalik karbonat ada banyakkkk GULA !
.
Air performance Shaklee ni sesuai untuk semua umur. Pregnant pun boleh minum. Anak-anak yang belajar puasa lagi lah sesuai. Barulah diorang seronok belajar puasa.
.
Jom lah tahun ni pilih nak puasa sihat. .
Pembelian COMBO perisa oren + limau ada diskaun tau.

Syamsila Kadir

http://syamsilashaklee.wasap.my

Credit to: 
Master Farah Wahida 
Founder of Jelita Jutawan

Selamat Hari Pekerja 2019


Alhamdulillah.
Syukur atas segala apa yang berlaku di bulan April.

Welcome May!

SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yang bekerja.

Surirumah pun kerja juga tau.
Agak agak dapat cuti tak?

Apepun pekerjaan kita, niatkan kerana Allah. Barulah kerja itu dikira sebagai ibadah.

Amanah yang diberi dilaksanakan dengan baik dan cekap supaya segalanya berjalan seiring dengan apa yang kita inginkan.

Kesihatan adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diambil berat.

Kesihatan yang baik memudahkan urusan pekerjaan kita. Kita lebih mudah kawal emosi, stress berkurang dan bekerja dengan ceria dan gembira.

Apa jadi jika kita tak sihat?
Satu apepun tak jadi.

Puasa pun semakin hampir.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang Ramadhan ya.

Nak sihat dan bertenaga walaupun berpuasa?

Jom sihat dengan Shaklee!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengebai produk Shaklee boleh whatsapp maklong ya.

http://syamsilashaklee.wasap.my

#pengedarshakleeayerhitam
#shakleeayerhitam
#shakleejohor

Monday, April 29, 2019

JAMU MODEN UNTUK WANITA


Wanita dan Jamu berpisah tiada.

Ada orang suka minum jamu asli.
Ada orang suka telan jamu bulat bulat.
Ada orang suka minum air rebusan akar kayu.

Maklong ni seketul Syamsila Kadir yang memang penakut jamu!

Banyak sangat alasan kalau bab jamu nih.
Cerewet ya amat!

Taknak yang pahit.
Taknak yang busuukkkk!
Taknak yang cecair likat pekat.

Kalau dipaksa.
Konfem muntah macam macam warna 😣😭

Syukurlah jumpa Alfalfa Shaklee nih.
Jamu moden pelbagai khasiat tau!

Dah 2 kali berpantang dengan Alfalfa.
Best!

Bukan untuk keintiman wanita je.
Untuk kesihatan juga.😍
Untuk ibu menyusu bagus untuk penggalak susu.

Alfalfa ni salah satu Vitamin Detoks juga.
Yaaaa!
Nyahtoksin segala benda yang tak perlu dalam badan kita.

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

✔️Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

✔️Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

✔️Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut –

✔️Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

✔️Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

✔️Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

✔️Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

✔️Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

✔️Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Best ke Syok?

Untuk sebarang pertanyaan atau order whatsapp je maklong. Dengan gembira nak bantu #gengmakmak semua.

http://syamsilashaklee.wasap.my

#shakleeayerhitam
#shakleejohor
#precious

Sunday, April 28, 2019

DUNIA DAN MANUSIA


Dunia dicipta untuk manusia.

Apa sahaja yang ada di dunia ini, tumbuhan, haiwan, tanah, air, udara semua Allah ciptakan untuk memberi manfaat kepada manusia.

Manusia dicipta untuk apa?

Hakikatnya Manusia Dicipta bukan untuk apa yang kita buat hari ini tak kiralah posisi kita sebagai doktor, peguam, guru, ahli perniagaan mahupun surirumah.

Tetapi kita berusaha di dunia ini untuk manfaat kita di Akhirat.

Apa kita buat harini menentukan keadaan kita di Akhirat yang kekal abadi.

"Tidak aku Ciptakan Jin dan manusia melainkan untuk Beribadah kepadaKu."
(Az-Dzariyaat ayat 56)

Laksanakan amanah yang kita ada sebaiknya.
Betulkan niat kita kerana Allah dan untuk raih manfaat di sana nanti.

"Sahaja aku berniaga Shaklee kerana Allah Taala untuk memberi dan berkongsi manfaat kesihatan kepada orang lain dan menjaga Amanah Sihat kurniaan Allah."

"Sahaja aku mengurus rumahtangga, suami, anak anak dan keluarga ikhlas kerana Allah untuk mendapatkan ganjaran di Akhirat kelak."

Jom kita sama sama muhasabah diri.
Agar kita sentiasa ingat bahawa.

Dunia Dicipta untuk Manusia.
Manusia Dicipta untuk Akhirat.

~ Petikan Tazkirah Pagi di IKIM.fm
.

Assalamualaikum.
Selamat pagi!

#precious
#jelitajutawan
#viktoria
#shakleeayerhitam
#selfreminder

Wednesday, April 24, 2019

JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG 1 JAM SELEPAS BANGUN TIDUR



RAMAI orang yang abaikan sarapan. Ada juga yang sarapan, tapi lambat.

Sebaiknya makan sarapan pagi satu jam selepas kita bangun tidur. Hidup kita akan menjadi lebih produktif dan bahagia!

Nak tahu manfaat sarapan awal?
Tahap gula dan insulin dalam darah anda akan menjadi lebih terkawal dan ini dapat memulakan metabolisme kita dengan lebih lancar.

Sekiranya kita mahu menurunkan atau mengekalkan berat badan kita, ini adalah antara cara yang terbaik untuk menjayakan misi itu.

Sebab apa? Sebab apabila tahap gula dan insulin dalam darah kita terkawal, badan kita akan dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk kita sepanjang hari.

Apabila kita tidur metabolisme kita secara semulajadinya akan menjadi lebih perlahan.
Dengan memakan sarapan sejam selepas kita bangun, ia akan membuatkan metabolisme kita mula melompat dengan memulakan thermogenesis (proses metabolik mencerna dan mengangkut makanan). Untuk memastikan metabolisme kita berjalan pada kapasiti yang penuh, kita perlu makan dengan kerap, bermula dengan makan sarapan dalam jam pertama selepas bangun.

Jika kita meninggalkan sarapan, kita akan lebih cenderung untuk makan makanan yang rendah nutrien dan tinggi dalam kalori untuk melawan kelaparan itu.

Kemungkinan besar semasa makan tengah hari, kita akan memilih makanan yang berkalori tinggi dan makanan yang rendah nutrien.

Manfaat untuk makan sarapan dalam masa satu jam selepas kita bangun ialah ia akan membantu kita makan dengan bijak sepanjang hari dan mengurangkan rasa lapar yang seterusnya mampu melawan keinginan kita untuk makan berlebihan.

Kajian mendapati bahawa ia akan menaikkan mood dan keupayaan kognitif kita sepanjang hari.

Beberapa kajian mendapati bahawa dengan memberikan “makanan” kepada otak kita pada awal pagi boleh meningkatkan mood kita dengan segera, dan seterusnya mampu membantu dalam memberikan anda peluang untuk fokus dengan lebih baik, mempunyai memori dan keupayaan kognitif yang lebih kuat. (Barulah tak moody, mood swing pagi-pagi kan 😂) Oleh itu, cuba untuk jangan meninggalkan sarapan kita.

ESP adalah menu breakfast yang paling cepat, mudah disediakan dan berkhasiat.

Nak ESP?

Whatsapp Maklong ye

013 7445591

http://syamsilashaklee.wasap.my

#shakleeayerhitam
#shakleejohor

Tuesday, April 23, 2019

Set Berpuasa Shaklee

JOM PREPARE UNTUK PUASA!

Rakan-rakan dah prepare dah? Puasa nie kena la bertenaga sepanjang hari , taknak lemau je kat office atau kat kelas kan.

So sempena puasa jom dapatkan shaklee untuk kita dan family. Apa yg penting sekali semasa puasa ialah ESP , mealshakes , dan performance drink.

🌈 *ESP*
Membantu memberikan tenaga sepanjang hari dan mengurangkan rasa lapar.

Plusss *kulit akan lebih cantik*! Elok sangat la nak glowing sebelum raya!

🌈 *Mealshakes*
Membekalkan nutrisi lengkap semasa puasa. Sesuai juga untuk kanak-kanak yg baru belajar berpuasa supaya mereka *tak cepat letih*.

🌈 *Performance Drink*
Minuman isotonik tanpa gula yg sangat bagus utk berikan tenaga pada badan.

PD jugak bagus utk *elakkan kita dari dehidrasi* dan mengurangkan rasa haus semasa berpuasa.

So dah ready nak puasa? Jom jadikan puasa kali ni lebih semangat dan bertenaga!💪🏻

Nak order?

Whatsapp 013 7445591

#pengedarshakleeayerhitam

AKU KEMBALI LAGI!

Assalamualaikum.
Apa khabar semua.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sekian lama menyepikan diri.
Maklong kembali lagi menghiasi Dunia Blog.
Bersawang sudah Blogku. hahaha

Hampir terlupa banyak benda.
Tapi slow slow study balik.

Alhamdulillah. Syukur maklong masih setia bersama Shaklee sejak Tahun 2014.
In sha Allah akan kembali aktif menulis untuk sama sama berkongsi dengan anda tentang apa apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan.

Banyak Suka duka yang berlaku sepanjang 2 tahun ini.

Apepun yang berlaku.

Life must go on kan.
Kena Move on.
Kena bersangka baik dengan Allah.

Hidup kini lebih mencabar.
Semoga Kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan diluaskan rezeki dengan seluas luasnya.

Jumpa lagi di Blog akan datang ya.

Nak order Shaklee?

Whatsapp Maklong 0137445591

Bye semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...