zhafeerah day10
Tanggal 09hb Januari 2011, lahirlah permata hati maklong yg diberi nama NUR ZHAFEERAH BINTI MUHAMAD AZAMRI dengan berat 4.09kg secara Caesarean di Hospital Pantai Batu Pahat. Alhamdulillah syukur maklong panjatkan pada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai buat kami sekeluarga.. pada waktu itu memang tiada ilmu langsung tentang penyusuan susu ibu. Niat untuk menyusukan sepenuhnya memang ada sebelum bersalin namun masih dibelenggu rasa was2, rasa x berapa yakin dengan apa yang akan terjadi.
Setelah kelahiran Zhafeerah, maklong rasa terpanggil untuk menyusukan dia sepenuhnya sampai 2 tahun. Namun, atas beberapa masalah maklong gagal untuk menyusukan Zhafeerah sepanjang berada di hospital. Naluri keibuan maklong sangat2 menginginkan menyusukan zhafeerah.. Namun, apakan daya kita hanya merancang.. Maklong tidak dapat menyusukan zhafeerah kerana puting susu tenggelam.. susu banyak keluar tetapi zhafeerah gagal menyusu.. macam2 cara maklong lakukan untuk membantu zhafeerah namun tetap tidak berhasil.. Akhirnya dengan hampa maklong terpaksa redha zhafeerah diberi susu formula enfalac... bersama deraian airmata maklong rebah... kecewa... dan hampir berputus asa..
Ketika dibenarkan pulang, Maklong memang xde standby susu formula kat rumah.. memang niat nak susukan baby dengan susu maklong sendiri.. Namun semangat yg kuat semakin hadir dalam diri ini.. Maklong tetap gagahkan diri untuk berusaha menyusukan zhafeerah.. Alhamdulillah Dr Hairin Anisa banyak sangat membantu dalam penyusuan zhafeerah.. macam2 cara digunakan untuk menimbulkan puting yg tenggelam.. dengan doa yang tak pernah putus.. akhirnya zhafeerah berjaya menyusu walaupun pelbagai rintangan, keperitan dan kesusahan yg dilalui... itu semua adalah dugaan dan cabaran untuk kita lebih cekal menghadapi situasi yg sukar dalam hidup..
zhafeerah 6m fully breastfeed
Maklong banyak menggarap ilmu penyusuan dengan konsultasi bersama Dr. Hairin Anisa. Maklong mengikuti group Mummy Love Club untuk menambah ilmu apa2 sahaja tentang keibubapaan terutama penyusuan penuh 2 tahun. Maklong banyak mencari informasi dan bertanya pengalaman kawan2 tentang EBM, Penyimpanan susu ibu, jadual perahan susu memandangkan maklong bekerja. Walau pelbagai dugaan dihadapi namun tidak mematahkan semangat maklong untuk meneruskan penyusuan zhafeerah hingga penghujungnya.
Alhamdulillah syukur akhirnya maklong berjaya menyusukan zhafeerah selama 2 1/2 tahun.. Dengan Jadual yang konsistent berkonsepkan Demand & Supply, impian maklong tercapai jua. Shaklee banyak membantu maklong dalam melaksanakan misi penyusuan zhafeerah.. Dengan pengambilan ESP & Alfalfa Complex banyak membantu menyelesaikan dugaan dan cabaran semasa perjalanan itu. Waktu itu maklong sudah jatuh cinta dengan Shaklee namun belum ada rezeki untuk jadi ahli. Terima kasih kat kawan maklong Mariam Abd Wahid yang banyak membantu.. Jasamu hanya Allah yg membalasnya..
Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat buat ibu-ibu di luar sana yang memperjuangkan penyusuan anak dengan susu ibu. Sesungguhnya susu ibu susu terbaik di dunia.. TERIMA KASIH SHAKLEE!
Moral: Tidak ada yang mustahil bagi kita dalam mencapai impian yang kita harapkan. Sebesar apa pun dugaan dan cabaran tidak akan melunturkan semangat dan keyakinan kita untuk terus berjuang dan bangkit dengan keazaman yg tinggi agar apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Perjalanan Misi Penyusuan Maklong penuh dengan warna warni kehidupan suka dan duka namun akhirnya kemanisan dirasai. Yakinlah dengan janji Allah!
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma boleh hubungi maklong:
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
0137445591
Sharing is caring!
No comments:
Post a Comment