PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Monday, September 1, 2014

DTX COMPLEX

SOAL HATI
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus. 
(sumber: wikipedia)

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkupayaan dalam membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu mebaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki.

  

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama dalam Shaklee DTX Complex ialah ekstrak niji benih pokok susu tisel yg menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Fungsi Hati:
Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. 
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak dimana ia memecahkannya kepada lapisan yg lebih kecil.
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, ADEFK dan mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.
 Bertindak Sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati
  • Hati mengawal metabolisme protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yg kurang toksik.
  • Dalam usaha mempunyai ahti yg betul, buah pinggang juga mestilah berfungsi dengan betul kerana buah pinggang berfungsi sebagai medium perkumuhan terutama bahan-bahan bertoksik.
Mengawal Paras Gula Dalam Darah
  • Hati menukarkan tiroksina -hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif.
  • Penukaran yg tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiridisme.
  • Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation.
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin. 
Penting Dalam Metabolisme Lemak
  • Hati penting dalam sintesis lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • makanan berlebihan akan diktukarkan kepada lemak di dlaam hati yg kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Kandungan DTX Complex Shaklee:

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (milk thistle seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin - kaya dengan bahan antioksida.
Melindungi hati daripada toksin, dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jondis
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu
Mencegah batu karang
membanu merawat endometriosis
bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi, melawan anemia
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah
Baik untuk masalah kekembungan dan lebihan air.

Kunyit (Tumeric)
Mengandungi curcumin iaitu bahan antioksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan 
Membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Reishi Mushrooms (ling zhi)
Membina imun
Membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yg kronik
Membantu mencegah penyakit jantung.

Schizandra
Estrak biji benih dari Schizandra mengandungi bahan anti-oksida
Berkait dalam merangsang sistesis protein
Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifiksai, memperlahankan pembentukan toksin.

Sumber: Panduan Nutrisi Shaklee -DTX Complex

Nota Kaki: Soalnya Hati Sukar dimengerti.. Ada yg sakit hati, makan hati, pedih hati, iri hati, jatuh hati, kecik hati, sentap hati.. Ikut Hati mati.. macam2 tentang hati kan.. tapi maklong sentiasa SUKA HATI! Hati yang penuh dengan Bunga-Bunga Cinta.. Hati yng redha dan ikhlas... Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Suami, Cinta Keluarga dan Cintakan diri sendiri... Macam mana nak cinta diri sendiri???? Sayangilah diri anda.. Jagalah kesihatan anda... Kesihatan yg baik adalah tanda kita mencintai diri sendiri...

Dah Jatuh Cinta dengan produk ini?
Hubungi Maklong untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA..

Syamsila
0137445591
syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Abd Kadir
SIHAT ITU AMANAH

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...