Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi??
KOLESTEROL
merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yg penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.
SUMBER UTAMA KOLESTEROL
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makanakan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol dalam darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok (angin ahmar).
BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG
Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah:
- LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) - dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah. Plak akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan strok (angin ahmar.
- HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi) - dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati unuk disingkirkan. HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.
PENYAKIT UTAMA AKIBAT KOLESTEROL TINGGI
~ Risiko penyakit jantung meningkat sebanyak 15.6%
~ Risiko angin ahmar (strok) akan meningjkat sebanyak 11%
~ Risiko yg lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.
PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTEROL TINGGI
Antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol adalah Makanan Malaysia itu sendiri yang tinggi lemak serta kalori. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol hendaklah tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.
PETUA MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL DARAH ANDA SECARA SEMULAJADI
- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap
- Turunkan berat badan
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.
PHYTOCOL - ST SHAKLEE adalah pilihan yang TEPAT!!!
Sumber: Booklet PHYTOCOL -ST SHAKLEE
Untuk sebarang info dan konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir
SIHAT ITU AMANAH
No comments:
Post a Comment