PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Sunday, September 28, 2014

Nutrisi Terbaik sepanjang tempoh kehamilan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua reader2 maklong yg tersayang.. 

Istimewa untuk wanita-wanita gorgeous yg bakal menimang cahayamata samada untuk kali pertama atau yang sudah bergelar ibu. Kenapa maklong kata u all gorgoeus?? Kecantikan Wanita akan terserlah apabila dia hamil.. 

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu mengalami pelbagai situasi atau keadaan yang bercampur baur.. kadangkala terfikir apakah anak di dalam kandungan mendapat zat secukupnya untuk tumbesaran di dalam rahim?? 

Shaklee menawarkan Nutrisi Terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan.



Set Kehamilan Shaklee Asas terdiri daripada:
Trimester 1
  • Vita-lea Iron Formula
  • B-Complex
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Ostematrix
  • Energizing Soy Protein (Tambahan)

Trimester 2 -3
  • Sama dengan Set Asas Trimester 1
  • Omega Guard (Tambahan)
Jom kita teliti apakah kepentingan dan khasiat vitamin-vitamin Shaklee ini untuk kehamilan anda:

Vita-lea Iron Formula
 (1 biji sehari )
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B-Complex
(1-2 biji sehari)
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 

Sustained Release Vita-C Plus
(1 biji sehari)
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Ostematrix (kalsium dan magnesium)
(4-6 biji sehari)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein

 (minum 1-2 kali sekali)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) -
  ( 1 biji sehari)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Asid lemak dari Omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.

PERHATIAN:
Omega Guard Shaklee hanya boleh diambil semasa Trimester 2-3 Tempoh Kehamilan sahaja
Omega Guard Shaklee juga berfungsi mencairkan darah.
Oleh sebab itu dinasihatkan agar ibu-ibu menghentikan pengambilan Omega Guard Shaklee 2-3 minggu sebelum kelahiran bagi mengelakkan berlakunya masalah darah lambat berhenti ketika proses melahirkan samada secara normal ataupun pembedahan (caesarean).

Di samping mengamalkan makanan yg sihat dan seimbang, pengambilan Vitamin Set Kehamilan Shaklee ini juga sangat membantu memenuhi keperluan nutrisi anda dan bayi anda di dalam kandungan sepanjang tempoh indah 9 bulan itu...


Nota kaki: Rindunya maklong nak pregnant lagi... Kali ini pasti jadikan Shaklee sebagai Vitamin Tambahan maklong.. Doakan maklong ye..

Credit to: www.cikguvita.blogspot.com

SIHAT ITU AMANAH!

Untuk sebarang info dan Konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
SID1139304
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...