Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran
di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di
bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi'
dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-Jenis Buasir
Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak
jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan
gangguan dari laluan najis
semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang
getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang
berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika
keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah
tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit
(bekalan darah akan terputus), bekuan darah
akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan
perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum
teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia
dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali
walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan
yang dahulunya.
Apa yang menyebabkan Buasir??
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Langkah Pencegahan:
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. sembelit
merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah
sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat
mengazabkan.
Shaklee menawarkan Set untuk Buasir
Ostematrix:
- membantu mengurangkan sembelit
- melancarkan pembuangan air besar
Zinc Complex:
- disarankan kepada pesakit buasir yg najis berdarah
- membantu menyembuhkan luka di dalam dubur dengan cepat
Omega Guard
- bagus untuk sendi dan otot
- melegakan semasa proses pembuangan air besar yg memeritkan
- membantu mengecutkan otot yg bengkak
InsyaAllah... jika diamalkan secara konsistent setiap hari akan mengurangkan masalah buasir. Rujuklah doktor anda bagi mendapatkan rawatan buasir bagi mereka yang kritikal keadaannya.. Ikhtiar adalah sebaik-baik tindakan daripada tidak berbuat apa-apa. Sesungguhnya Allah jua Maha Menyembuhkan..
Sumber: wikipedia Bahasa Melayu
Untuk dapatkan sebarang Konsultasi dan Info:
Syamsila Kadir
SID1139304
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FBPage: Amanah Sihat Maklong
SIHAT ITU AMANAH!
No comments:
Post a Comment