Bagi
masyarakat awam, bawang putih hanya merupakan sejenis tumbuhan yang
sedikit sebanyak berguna untuk dijadikan bahan perencah makanan.
Dikalangan masyarakat Melayu tradisional, bawang putih biasanya dimakan
sebanyak dua ulas bersekali dengan halia bara sebagai ulam semasa mereka
makan nasi. Dengan kaedah ini, angin dalam tubuh mereka dapat
dikeluar. Bangsa Funisia yang menetap di jaluran tanah sempit antara
bahagian hujung Timur Laut Mediterranean dengan gunung-gunung di Barat
sungai Jordan begitu terkenal dengan pelayaran. Setiap kali belayar,
mereka sentiasa membawa bawang putih sebagai bekalan perubatan. Di
Bulgaria, bawang putih adalah sebahagian makanan penduduknya setiap
hari. Ahli-ahli sukan bangsa Greek juga biasanya memakan bawang putih
untuk menambah mutu persembahan sukan mereka di stadium Olympic. Namun
bagi mereka yang mendalami sektor kesihatan dan perubatan, peranan
bawang putih sebenarnya lebih dari itu. Sejak zaman dahulu lagi tumbuhan
ini masyhur hinggakan ia turut ditulis dalam penulisan-penulisan
ahli-ahli kedoktoran zaman purba seperti Dioscorides (doctor bangsa
Greek) dan al-Razi (ahli kedoktoran Islam). Bawang putih juga disebut dalam Kitab-Kitab Perjanjian Lama (Taurat dan Injil), al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah.
Dari
sudut sejarah, bawang putih telah digunakan semenjak 7,000 tahun yang
lalu oleh bangsa Babylonia, Mesir Purba, Hindu dan Cina. Raja-raja Mesir
dahulu (bangsa Qibti) membelanjakan wang sejumlah RM750,000 mengikut
nilai sekarang untuk membeli bawang putih sebagai bahan makanan
hamba-hamba abdi Bani Israel yang dipaksa membina bangunan-bangunan
pyramid di kawasan Cheop dan kira-kira 70 buah lagi yang berselerak di
negeri tersebut. Bagi masyarakat Mesir Purba, bawang putih bukan hanya
makanan tetapi ia juga adalah ubat bagi semua jenis penyakit seperti
penyakit kulit, cacing, gangguan saraf pernafasan dan juga awet muda.
Hingga kini, masyarakat Mesir masih lagi menanam bawang putih
sepertimana yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka berabad-abad
yang lampau.
Dalam
Perang Dunia Pertama 1914-1918 dan Perang Dunia Kedua, bawang putih
digunakan untuk merawat askar-askar yang tercedera. Pada ketika itu,
Perkhidmatan Perubatan Britain menggunakan beribu-beribu ton tumbuhan
berkhasiat ini. Dalam sekitar tahun 1937, ahli-ahli kimia di Universiti
California telah menganalisa kandungan kimia bawang putih dan mendapati
ia mengandungi unsur crotonic aldehyde. Dalam tahun 1944 pula, para ahli sains Russia membuat penyelidikan ke atas bawang putih dan bawang merah.
Kuasanya berkait rapat dengan baunya. Bawang putih merupakan antibiotik asli yang kaya dengan vitamin B dan C serta galian-galian seumpama zink, tembaga, aluminium, mangganam, sulphur dan juga zat besi. Dalam buku “The Home of Health” yang ditulis oleh Dr. Gunn M.D pada tahun 1878 mengesahkan bahawa tumbuhan ini adalah penawar bagi batuk kering, penyakit paru-paru, demam, gangguan cacing dan sebagainya. Dalam German Pharmaceutical Magazine, seorang pensyarah lawatan dan ahli fakulti Universiti Geneva, Dr.Praxis G.Iotrowski menulis tentang pengalamannya menggunakan bawang putih terhadap 100 orang pesakit dan didapati ia dapat menurunkan tekanan darah serta mampu menghapuskan segala gejala sampingan seperti sengal tulang belakang, pening kepala dan mabuk. Ini bererti ia adalah ubat yang paling mujarab sekali untuk penyakit darah tinggi. Tumbuhan ini mampu menurunkan tekanan darah sebanyak 10mm hingga 40mm setelah dua hari memakannya.
Semenjak
penemuan ubat-ubat antibiotik, penggunaan bawang putih semakin
dilupakan. Ini kerana para doktor umumnya lebih berasa mudah menggunakan
ubat antibiotik. Satu faktor yang sering dilupai ialah pil-pil
antibiotik hanya mampu membunuh kuman-kuman merbahaya itu sahaja tanpa
membunuh kuman-kuman lain dalam usus perut. Namun
peranan ini dapat dilakukan oleh bawang putih yang merupakan antiseptic
yang jauh lebih baik daripada pil-pil tersebut. Orang ramai juga sering
lupa bahawa adalah lebih baik dan selamat memakan ubat yang kurang
sedikit kuasa penyembuhan tetapi tidak meninggalkan kesan-kesan
sampingan atau side effects hingga dapat merosakkan mana-mana bahagian
tubuh bilamana unsur-unsur kimia yang berlebihan dalam pil-pil itu
berkumpul pada tisu tumbuh.
Meskipun pil antibiotik berperanan penting dalam perubatan dan pembedahan, namun bahayanya ialah kita akan terdorong untuk terlalu bergantung sangat pada pil-pil tersebut. Dalam masa yang sama kita akan semakin melupai satu hakikat bahawa disamping kewujudan pil-pil “wonder drugs” ini ada juga kaedah penyembuhan secara sunnah Nabi yang dianggap sebagai nature cure yang ternyata lebih baik untuk kesihatan manusia.
Meskipun pil antibiotik berperanan penting dalam perubatan dan pembedahan, namun bahayanya ialah kita akan terdorong untuk terlalu bergantung sangat pada pil-pil tersebut. Dalam masa yang sama kita akan semakin melupai satu hakikat bahawa disamping kewujudan pil-pil “wonder drugs” ini ada juga kaedah penyembuhan secara sunnah Nabi yang dianggap sebagai nature cure yang ternyata lebih baik untuk kesihatan manusia.
sumber: http://memori-dan-aku.blogspot.com/2012/06/bawang-putih-baik-untuk-kesihatan.html
Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak boleh makan bawang putih secara direct atau dimasak.. Boleh mencuba supplement GARLIC SHAKLEE.. InsyaAllah.. manfaat & khasiatnya sama seperti ORIGINAL GARLIC
Untuk sebarang info dan konsultasi:
-----------------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com
SIHAT ITU AMANAH
No comments:
Post a Comment