PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

PENGEDAR SHAKLEE AYER HITAM

Sunday, May 5, 2019

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Johor 2019

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.

Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan sama sama menyambut Bulan yang penuh keberkatan, bulan penuh rahmat dan pengampunan dari Allah Rabbul Izzati.

Berikut maklong kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor Darul Takzim bagi Tahun 2019 bersamaan 1440H sebagai Panduan kita bersama.

Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Semoga memberi manfaat buat semua ya.





Maklong Follow Zon 4 iaitu bagi Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.

Antara adab adab dan Sunnah Berpuasa:

1) Bersahur dan melewatkan sahur
Bersahur adalah merupakan amalan sunnah berdasarkan hadith diriwayatkan daripada Anas R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:-

"Bersahurlah kamu sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan." ( Bukhari dan Muslim)

2) Mempercepatkan Berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.

Sabda Rasulullah yang bermaksud " Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa." (Bukhari dan Muslim?

Disunatkan juga mulakan berbuka dengan Buah Tamar/kurma.

3) Sunat beriktikaf sepanjang Bulan Ramadhan khususnya pada 10 hari terakhir Ramadhan.

4) Tidak melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan Puasa.

5) Tadarus Al Quran

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ini.

Ramadhan Pesta Ibadah.
Jom sama sama banyakkan amalan dan sedekah bagi menyucikan jiwa kita.

Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri daripada perkara perkara yang Allah larang.

Untuk mendapatkan sebarang Vitamin bagi membantu menjalani ibadah puasa lebih bertenaga dan ceria.

Whatsapp http://syamsilashaklee wasap.my

#puasa
#shakleejohor
# shakleeayerhitam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...